Post kali ini tidak berkisar mengenai pelaburan unit trust sebaliknya apa yang ingin saya kongsikan bagi pendapat saya ialah mengenai generasi akan datang yang boleh dikatakan bijak dalam pengurusan wang. Kenapa tajuk ini yang saya pilih dalam banyak lagi tajuk2 lain yang menarik? Ini kerana keperihatinan ibubapa ketika kini yang lebih mementingkan pengurusan wang yang sebijak bijaknya. Ini perlu dikupas kerana penting bagi kita memastikan kestabilan ekonomi keluarga masa kini bagi menyaingi taraf inflasi. Sekiranya ketidak stabilan ini berlaku maka kita bagaikan dihimpit dengan kepesatan ekonomi negara, tu yang selalu kita dok dengar orang cakap kerajaan sibuk dok buat bangunan tinggi2 tapi masyarakat masih dok kat umah setinggan lagi. Bagi mengimbangi kepesatan ekonomi ini maka generasi masa kini lebih pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan mula sedar bertapa pentingnya saving dan cash.
“Did you know, investment at Unit Trust is one of 3 important elements after 'Cash' and 'Real Estate' to generate individual wealth”
Wednesday, February 16, 2011
Monday, February 7, 2011
Pelaburan Melalui KWSP
Tahukah anda,secara fizikalnya duit kwsp itu terbahagi kepada dua bahagian? Kebanyakan dikalangan kita hanya mengetahui duit simpanan di dalam KWSP itu hanya untuk membuat pembiayaan rumah dan untuk mengurangkan hutang pinjaman perumahan.Duit simpanan KWSP juga untuk boleh digunakan untuk kegunaan perubatan dan pelajaran. Ini semua hanya melibatkan simpanan KWSP akaun2 yang melibatkan hanya 30% dari jumlah keseluruhan. So....apa yang boleh dibuat dengan akaun1, yang jumlahnya 70% dari jumlah keseluruhan? banyak tu.
Wednesday, February 2, 2011
Distribution Policy
Distribution atau pengagihan atau dengan nama yang biasa kita dengar ialah dividen merupakan salah satu daripada kelebihan melabur dalam unit trust selain capital gain dan unit split. Setiap dana berlainan distribution ada secara sampingan dan ada secara pendapatan tahunan. Bakal pelabur boleh mendapatkan maklumat agihan setiap dana di dalam buku prospektus.
Distribution terbahagi kepada 2 iaitu :
Distribution terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Incidental (Sampingan)
2. Annual Income (Pendapatan Tahunan)
2. Annual Income (Pendapatan Tahunan)
Sunday, January 30, 2011
Jenis-jenis Dana Unit Amanah
Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah yang perlu diketahui dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.
Teknik Switching
Switching merupakan salah satu strategi di dalam pelaburan unit amanah. Ia adalah kemudahan yang diberikan oleh syarikat pengurusan unit amanah (UTMC) kepada pelaburnya. Switching boleh dirujuk sebagai proses memindahkan pelaburan dari satu dana pelaburan ke dana pelaburan yang lain di bawah syarikat pengurusan yang sama.
Saturday, January 29, 2011
Unit Trust Consultant
Unit trust (UT) merupakan medium terbaik untuk skop pelaburan.Ini kerana dengan adanya UT, seseorang itu boleh mendisiplinkan diri untuk membuat penyimpanan sama ada secara pukal atau berkala disamping dibantu dengan consultant yang bertauliah.Di sini penting bagi pelabur untuk memilih consultant yang mereka inginkan kerana selepas mereka melaburkan wang di dalam mana-mana dana,segala urusan pentadbiran mengenai pelaburan tersebut bergantung pada consultant itu sendiri. CONSULTANT bertanggungjawab penuh ke atas pelaburan yang dilaburkan terutama mengenai dana yang disyorkan kepada pelabur.Dari awal penerangannya mengenai unit trust, consultant harus menerangkan secara ringkas dan padat kepada pelabur mengenai setiap prospektus dana tersebut.sekurang-kurangnya 2 dana.
Friday, January 28, 2011
Dollar-Cost Averaging (DCA) Part II
Di dalam post sebelum ini ada menerangkan secara ringkas apa itu DCA. So pada post kali ini, saya akan menerangkan lebih terperinci berkenaan DCA ini dan contoh pengiraan sekiranya pelabur itu membeli pada harga sedang meningkat dan menurun.
Prinsip DCA
Prinsip Pemurataan Kos-Ringgit (DCA) melibatkan teknik pelaburan tetap berdisiplin yang mungkin akan digunakan untuk mencapai kesan maksimum dalam pelaburan amanah saham. Seorang pelabur hanya perlu melaburkan sesuatu jumlah yang tetap di dalam dana amanah saham pilihannya dalam sesuatu tempoh. Dengan cara ini, beliau tidak perlu risau akan pemasaan pasaran atau mengenai harga saham atau kadar faedah. Jumlah pelaburan tetapnya akan membolehkan beliau membeli kurang unit apabila pasaran meningkat dan lebih unit apabila pasaran menurun. Oleh demikian, beliau akan dapat mengumpul unit pada kos purata yang mana adalah lebih rendah daripada purata NAB seunit dalam tempoh yang sama. Ini mewakili kesan pemurataan kos-ringgit.
Subscribe to:
Posts (Atom)