Welcome


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuhu

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurniaNya dapat jua saya membina laman blog ini setelah siang, malam, pagi2 dan bila2 saje masa terluang yang ada....heheheh...yang penting dah ader sendiri punya....walaupun maklumat yang disampaikan kepada anda tidaklah secomplete maklumat dari bank2 terdekat....setidak2nya saya dah jalankan tugas untuk membantu anda memperhebatkan sejumlah wang yang anda ada.

Objektif utama blog saya ini ialah memberikan maklumat kepada anda yang tidak atau kurang paham mengenai pelaburan2 unit trust dan juga orang2 yang ingin menambahkan ilmu.Sometime kita asyik je dengar dari member2 yang dok kat mamak la, sebelah meja la, kat McD la cite pasal unit trust, nak jgk kita tau apa itu Unit Trust. So objektif dah jelas yang mana untuk mengsupplykan info2 berkenaan Unit Trust terus kepada anda tanpa lepak kat mana2. Maklumlah dunia sekarang ni semua maklumat ada dihujung jari, tapi maklumat tu mesti la tepat dan manfaat.

Isu halal haram tak wujud kerana dalam unit trust ni ada dana yang konvensional dan ada dana yang patuh syariah. So yang konvensional tu memang saya tak ambil bahagian la. Saya lebih selesa menjalankan dana2 yang berlandaskan syariah dimana ianya lebih flexible. 

Untuk mendidik masyarakat bijak menguruskan kewangan mereka adalah satu kerja mustahil, kerana masing-masing mempunyai masalah yang tersendiri dan unik. Oleh sebab itulah unit trust ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk melantik salah seorang daripada mana2 consultant yang bertauliah untuk menguruskan kewangan mereka dalam satu jangka masa.Secara fitrahnya manusia lebih suka bersifat tunggu dan lihat, mean mereka lebih suka tengok kejayaan orang lain dulu baru mula bertindak. Ini tidak memberikan apa2 manfaat pun kepada mereka kerana untuk menjadikan seseorang itu berjaya, kaya atau sebagainya memerlukan masa dan pengorbanan. Kalau orang itu berjaya dengan jayanya dalam masa 10 tahun....berapa lama masa yang perlu diambil untuk orang yang baru nak bertindak? Of course lagi 10 tahun kan dan ini bermakna dia mengambil masa 20 tahun untuk dia berjaya pula, kan buang masa tu namanya. 

So Be The 1st
Grab the opportunity to open the eye of society
Come Together to Build Financial of Ummah