Saturday, January 29, 2011

Unit Trust Consultant

Unit trust (UT) merupakan medium terbaik untuk skop pelaburan.Ini kerana dengan adanya UT, seseorang itu boleh mendisiplinkan diri untuk membuat penyimpanan sama ada secara pukal atau berkala disamping dibantu dengan consultant yang bertauliah.Di sini penting bagi pelabur untuk memilih consultant yang mereka inginkan kerana selepas mereka melaburkan wang di dalam mana-mana dana,segala urusan pentadbiran mengenai pelaburan tersebut bergantung pada consultant itu sendiri. CONSULTANT bertanggungjawab penuh ke atas pelaburan yang dilaburkan terutama mengenai dana yang disyorkan kepada pelabur.Dari awal penerangannya mengenai unit trust, consultant harus menerangkan secara ringkas dan padat kepada pelabur mengenai setiap prospektus dana tersebut.sekurang-kurangnya 2 dana.



Prospektus ini mengandungi pelbagai maklumat berkenaan dengan sesuatu dana.Antara maklumat penting ialah objektif tahun berakhirnya akaun,kadar pendapatan,risiko,size dana,kategori dana dan penasihat dana. Prospektus ini sebenarnya hendaklah dibaca terlebih dahulu oleh bakal pelabur, tetapi dengan adanya consultant, mereka ini yang akan menerangkan secara ringkas kepada bakal pelabur sebelum membuat sebarang keputusan.

Selepas para pelabur membuat keputusan untuk melabur dalam mana-mana dana, tugas consultant ialah memantau dan bertindak sebagai perunding kewangan kepada pelabur dalam memastikan setiap dana yang dilaburkan tidak mengalami kerugian. Mereka juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan yang terbaik sekiranya dana-dana yang dilaburkan sedang mengalami kerugian atau sedang memperolehi keuntungan. Sebagai contoh sekiranya dana yang dilaburkan sedang/dijangka akan mengalami kerugian, consultant tersebut harus memberi nasihat atau memaklumkan kepada pelabur untuk membuat switching kedana bond/money market, ini bermakna pelabur tersebut dapat meminimumkan kerugian, kerana dana bond ini lebih stabil berbanding dana-dana equity (dalam topik akan datang saya akan menerangkan apa itu money market,bond, equity, balance).