Monday, January 24, 2011

Unit Trust ?


Dari segi definasi, menurut Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers), Skim unit amanah atau Unit Trust Scheme (UTS) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau asset lain yang diuruskan oleh pengurus professional  

 Dalam erti kata lain, wang-wang pelabur akan diletakkan dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan melaburkan dana ke dalam pelbagai portfolio yang telah diluluskan seperti :

                         equity, balanced, fixed income, bond dan money market 


Ataupun asset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.

                                                           Konsep Unit Trust