Friday, January 28, 2011

Dollar-Cost Averaging (DCA) Part II

Di dalam post sebelum ini ada menerangkan secara ringkas apa itu DCA. So pada post kali ini, saya akan menerangkan lebih terperinci berkenaan DCA ini dan contoh pengiraan sekiranya pelabur itu membeli pada harga sedang meningkat dan menurun.

Prinsip DCA

Prinsip Pemurataan Kos-Ringgit (DCA) melibatkan  teknik  pelaburan tetap berdisiplin yang  mungkin  akan digunakan untuk  mencapai  kesan  maksimum  dalam  pelaburan amanah saham.  Seorang pelabur  hanya perlu melaburkan sesuatu jumlah yang tetap di dalam dana amanah saham pilihannya dalam sesuatu tempoh. Dengan cara ini, beliau tidak perlu risau akan pemasaan pasaran atau  mengenai harga  saham  atau  kadar faedah.  Jumlah pelaburan tetapnya akan membolehkan beliau  membeli kurang  unit apabila  pasaran meningkat dan lebih  unit apabila  pasaran  menurun. Oleh  demikian, beliau  akan dapat  mengumpul unit pada kos purata yang mana  adalah  lebih  rendah  daripada  purata NAB seunit dalam  tempoh yang  sama. Ini mewakili kesan  pemurataan kos-ringgit.


Lihat gambaran di bawah dan ketahui manfaat pemurataan kos-ringgit melalui simpanan/pelaburan tetap di dalam dana amanah saham yang dinamakan Dana A.

Gambaran:

Andaikan  bahawa  Pelabur A membuat keputusan membuat pelaburan bulanan sebanyak RM400 dengan dana ini dalam tempoh 24 bulan.

Seperti yang ditunjukkan  dalam jadual di bawah, dengan pelaburan bulanan  sebanyak  RM400, Pelabur A dapat  membeli/mengumpul lebih banyak unit setiap jumlah pelaburan sebanyak RM400 setiap bulan apabila NAB seunit adalah lebih rendah,  dan sedikit unit apabila NAB seunit adalah lebih tinggi. Dalam 12 bulan pertama (Jadual 1), Pelabur A dapat  mengumpul sejumlah 8,026.47 unit pada kos purata  sebanyak RM0.5980 seunit apabila pasaran  sedang meningkat. Sila ambil perhatian bahawa unit mempunyai kos purata sebanyak RM0.5980 manakala purata NAB seunit dalam tempoh tersebut adalah  lebih tinggi iaitu sebanyak RM0.6008. Dalam 12 bulan seterusnya  (Jadual 2), Pelabur A dapat  mengumpul sejumlah 9,270.36 unit pada kos purata  sebanyak RM0.5178 seunit apabila pasaran  sedang  menurun. Sekali lagi, ambil perhatian bahawa unit mempunyai kos purata sebanyak RM0.5178 yang mana adalah lebih rendah daripada purata NAB seunit dalam tempoh tersebut iaitu sebanyak RM0.5183.

Dengan membuat pelaburan tetap sejumlah wang yang sama di dalam dana tanpa menghiraukan turun naik harga, unit akan dibeli pada  kos yang lebih rendah  daripada  purata  NAB seunit dalam tempoh yang sama. Ini mewakili kesan pemurataan kos-ringgit pelaburan tetap.

Walaupun  proses pemurataan kos-ringgit boleh digunakan untuk  siri pelaburan sekali gus, ia berfungsi dengan lebih baik dengan pelaburan yang dibuat secara tetap  (paling ideal secara bulanan) agar dapat memaksimumkan kelebihan proses pemurataan.