Monday, January 24, 2011

Kelebih-kelebihan Unit Trust

Selepas kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai apa itu unit trust, kita akan melihat dari sudut kelebihan-kelebihan sekiranya kita melabur dalam Unit Trust ini. Antaranya :-

Kepelbagaian/Diversification.
Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor /asset. Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.


Pengurusan Dana Profesional.
Pelaburan dana dalam skim unit trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Jadi, kita tidaklah bersusah payah membuat kajiselidik/ memikirkan bagaimana strategi pelaburan tersebut dijalankan. Mereka akan menguruskan wang kita dengan professional dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.

Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi.
Kecairan ini dianggap salah satu faktor penting bagi pelabur kerana jika pulangan tinggi tetapi susah hendak dijual pun akan menyusahkan pelabur. Skim unit trust membolehkan anda menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut. Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap mudah juga. Anda boleh membeli atau menjual unit melalui Unit Trust Consultant, senang sahajakan?

Urusniaga Dengan mudah
Amanah saham tidak memerlukan pemegang unit melakukan kerja-kerja pentadbiran, kertas kerja atau penyimpanan rekod untuk menguruskan pelaburnya.

Risiko

Setiap pelaburan mempunyai unsur risiko.menyimpan wang dalam satu akaun pelaburan mungkin merupakan cara paling selamat. Dalam kontinum risiko-pulangan pelaburan,namun ia tetap mempunyai risiko pulangan negatif,apabila kadar inflasi adalah lebih tinggi daripada kadar keuntungan yang diterima untuk akaun pelaburan. Ini menyebabkan principal kehilangan kuasa membeli seringgit terutamanya kepada penyimpan.Ini juga dikenali sebagai risiko inflasi atau kuasa pembeli. Pelaburan terus di dalam pasaran saham atau stok akan mendedahkan pelabur kepada risiko khusus kejatuhan harga saham tanpa penggantungan yang ditawarkan oleh manfaat kepelbagaian portfolio atau kemahiran pengurusan dana yang boleh didapati di bawah skim pelaburan kolektif. Dana amanah saham terdedah kepada pelbagai risiko disebabkan sifat skim pelaburan yang diceburinya.

Sebagai cadangan kepada mengurangkan risiko ini bakal pelabur dikehendaki membaca prospektus terlebih dahulu sebelum membuat pilihan dana. Ini kerana di dalam prospektus tersebut ada menyatakan tahap risiko sesuatu dana dan ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal pelabur menyesuaikan matlamat dengan risiko