Wednesday, February 16, 2011

Generasi Akan Datang Generasi Bijak Wang

Post kali ini tidak berkisar mengenai pelaburan unit trust sebaliknya apa yang ingin saya kongsikan bagi pendapat saya ialah mengenai generasi akan datang yang boleh dikatakan bijak dalam pengurusan wang. Kenapa tajuk ini yang saya pilih dalam banyak lagi tajuk2 lain yang menarik? Ini kerana keperihatinan ibubapa ketika kini yang lebih mementingkan pengurusan wang yang sebijak bijaknya. Ini perlu dikupas kerana penting bagi kita memastikan kestabilan ekonomi keluarga masa kini bagi menyaingi taraf inflasi. Sekiranya ketidak stabilan ini berlaku maka kita bagaikan dihimpit dengan kepesatan ekonomi negara, tu yang selalu kita dok dengar orang cakap kerajaan sibuk dok buat bangunan tinggi2 tapi masyarakat masih dok kat umah setinggan lagi. Bagi mengimbangi kepesatan ekonomi ini maka generasi masa kini lebih pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan mula sedar bertapa pentingnya saving dan cash.


Fenomena ini secara tidak langsung memberi kesan mendalam pada anak2 mereka yang sedang meningkat dewasa. Sekiranya ibubapa mereka sentiasa sibuk memikirkan bagaimana hendak meningkatkan  ekonomi keluarga kerana hendak mengimbangi keperluan sekeliling seperti barangan yang sentiasa naik dan tidak pernah turun, kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya. So anak2 kecil ini sejak dari kecil lagi telah sedar dengan kehendak alam ketika mereka dewasa nanti. Disamping cerita2 lama yang mana sentiasa dibanding2kan dengan sekarang sebagai contoh "dulu zaman ayah kecil nasi lemak baru 0.50 sen je dapat telor potong, kira kenyang la sampai ke tengahari. Sekarang ni?maunya RM 1.50 nasi lemak kosong, kalau nak letak telor tu rm 2.00" hehehehe....cerita2 tu pun pernah kita dengar time kita kecik dulu. Itulah dinamakan inflasi.

Jadi generasi yang sedia ada sekarang, dalam lingkungan umurnya 25-40 tahun merupakan engineer bagi roll model pada generasi kecil. Percayakah anda, bila kanak2 ni bila berusia 10,12 tahun sudah pandai dengan amanah saham ni? Yes, sudah tentu jawapannya betul, kerana mereka ini merupakan generasi ke-2 bagi pemangkin atas kesedaran pentingnya pelaburan amanah saham ini. Kalau dulu zaman kita ,dapat je duit nak masuk bank, mean masuk dalam saving account, berapa je yang dapat daripada keuntungan dalam akaun simpanan. hehehehe.... Kenapa saya cakap mereka generasi kedua, kerana kita merupakan generasi awal yang baru atau telah sedar tentang pentingnya pelaburan ini. Sedangkan ibubapa kita tidak mengetahui langsung atau kurang paham dengan amanah saham. Secara fizikalnya orang kita ni terlalu fobia dengan perkataan S.A.H.A.M ni sebab dengan saham lah org boleh bunuh diri la, kene kejar along la. So kita bertanggungjawab untuk memperbetulkan penyimpangan fakta terhadap amanah saham ini. Tapi dewasa ini masyarakat mula sedar tentang kebaikan amanah saham, contohnya ASB, ASD, ASG, ASN dan UNIT AMANAH. Malah banyak bank2 tempatan juga memberikan pinjaman untuk mereka yang tidak mempunyai modal untuk melabur dalam amanah saham ini.

Tapi harus diingat ASB,AS,ASD,ASN ini merupakan amanah saham yang boleh dikatakan sebagai jaminan kerajaan atas nilai seunit. So apa itu jaminan kerajaan atas nilai seunit? Maknanya pemegang saham tidak perlu memikirkan harga semasa dipasaran kerana pemegang saham membeli dan menjual dengan harga yang tetap iaitu RM1.00. Apa yang pemegang saham dapat ialah distribution atau dividen tahunan, dari segi pergerakan harga pula pemegang saham tidak mendapat apa2 profit dari situ dan mereka juga tidak perlu memikirkan sangat mengenai ekonomi semasa. Berbeza pula dengan UNIT AMANAH, mereka yang melabur juga mendapat distribution atau dividen disamping mendapat keuntungan dari pergerakan harga semasa (capital gain) yang mana ianya banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa dan ianya pasti meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai contoh kita membeli rumah pada tahun 1996  berharga RM100 000, katakanlah pada tahun ini kita ingin menjual rumah tersebut dan harga rumah kita telah meningkat sebanyak 200% mean kita akan menjual rumah kita pada harga RM200 000. Perbezaan inilah yang dikatakan capital gain, berbanding dengan amanah saham yang dijamin oleh kerajaan yang mana hanya mendapat dividen semata mata, sebagai contoh yang sama tadi, kita jual pada harga RM100 000 juga. Ianya begitu berbeza sekali. Tapi apa2 pun apa mesti ada kebaikkan dan keburukannya. Terserahlah kepada anda untuk membuat penilaian yang sebaik2 mungkin.

Akhir sekali pesanan saya ialah kita hendaklah sentiasa memperingatkan anak2 kita tentang pentingnya simpanan yang boleh memberikan pulangan yang lebih baik. Didikan awal lebih senang dilentur dari mendidik ketika dewasa.....Simple word "melentur buluh biar dari rebungnya"

Sekian.