Wednesday, February 2, 2011

Distribution Policy


Distribution atau pengagihan atau dengan nama yang biasa kita dengar ialah dividen merupakan salah satu daripada kelebihan melabur dalam unit trust selain capital gain dan unit split. Setiap dana berlainan distribution ada secara sampingan dan ada secara pendapatan tahunan. Bakal pelabur boleh mendapatkan maklumat agihan setiap dana di dalam buku prospektus.

Distribution terbahagi kepada 2 iaitu :
  
1. Incidental (Sampingan)
2. Annual Income (Pendapatan Tahunan)


Incidental
Dana-dana yang dasar agihannya dalam bentuk incidental (sampingan) ini bermakna pelabur itu tidak semestinya mendapat dividen atau agihan setiap tahun.Tetapi ianya memberikan pulangan lebih dari annual income secara purata. Profit yg djana dlm dana-dana ni lebih kepada cap. appreciation.

Annual Income 
Dana-dana yang dasar agihannya dalam bentuk Annual Income ( Pendapatan Tahunan) ini bermakna pelabur akan mendapat agihan secara tahunan dan kebiasaanya kurang daripada agihan Incidental. Semua dana-dana bond memberikan pulangan secara Annual Income. Dana-dana ini melabur dalam syarikat-syarikat blue chip yang ada potensi untuk memberi pulangan yang tinggi. Dana-dana ini wajib memberikan agihan tanpa menghiraukan keadaan market.

So di sini pelabur lebih jelas mengenai dasar agihan kerana sebahagian dari pelabur terikut-ikut cara agihan ASB yakni agihan secara tahunan.Pelabur perlu meminta pandangan consultant masing-masing untuk memilih dana berdasarkan agihan yang bersesuaian dengan pelabur dan memberikan gambaran kasar untuk mencapai Objektif pelaburan.