Monday, February 7, 2011

Pelaburan Melalui KWSP

Tahukah anda,secara fizikalnya duit kwsp itu terbahagi kepada dua bahagian? Kebanyakan dikalangan kita hanya mengetahui duit simpanan di dalam KWSP itu hanya untuk membuat pembiayaan rumah dan untuk mengurangkan hutang pinjaman perumahan.Duit simpanan KWSP juga untuk boleh digunakan untuk kegunaan perubatan dan pelajaran. Ini semua hanya melibatkan simpanan KWSP akaun2 yang melibatkan hanya 30% dari jumlah keseluruhan. So....apa yang boleh dibuat dengan akaun1, yang jumlahnya 70% dari jumlah keseluruhan? banyak tu.

Sebenarnya, Simpanan KWSP akaun1 juga boleh dikeluarkan, tetapi dalam amaun tertentu saja. Simpanan dalam akaun1 hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan. Tujuan utama pelaburan menggunakan simpanan KWSP ini ialah untuk memaksimumkan wang simpanan untuk jangka masa panjang. Antara pelaburan yang boleh dilaburkan ialah :  UNIT AMANAH (unit trust)


Kelayakan Memohon
- Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP;
- Warganegara Malaysia; atau
- Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
- Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
- Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).

Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

Kekerapan Pengeluaran
Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.




















Kepada Bakal Pelabur KWSP
  • Melabur dengan objektif simpanan hari tua dari caruman KWSP anda
  •  Fokus kepada objektif pelaburan jangkamasa panjang
  • Melabur secara tetap dalam tempoh 3 bulan tanpa mengira pasaran sedang kukuh atau jatuh. Anda  dinasihatkan untuk mengikut tarikh pelaburan yang telah benarkan oleh KWSP supaya tidak terlepas peluang untuk menggandakan wang simpanan hari tua anda
  • Gunakan strategi Dollar Cost Averaging untuk mengumpul lebih banyak unit pelaburan di samping mengurangkan risiko pelaburan.
  • Pelbagaikan pelaburan ke dalam dana-dana yang mempunyai kelas asset yang berbeza bagi mengurangkan risiko pelaburan dan memaksimumkan pulangan
  • Sila berbincang dengan Consultant anda untuk mendapatkan nasihat yang terbaik.