Thursday, November 10, 2011

Pelaburan yang berlandaskan Syariah

Today I nak share with you all tentang pelaburan yang berlandaskan syariah. Sepertimana yang you all ketahui berkenaan dengan syariah, sebenarnya ia lebih daripada apa yang kita berkait dengan konteks pelaburan Islam sebagai contoh barakah.
 
Dalam Islam barakah (keberkatan) itu adalah perkara utama yang perlu diutamakan . Pelaburan dalam Islam dianggap harus tetapi  ianya haruslah menepati syarat2 yang telah ditetapkan. So I nak you all clear about this coz dlm pelaburan unit trust ini ada dana yang berlandaskan syariah dan ada yang konvensional.  As my experience as consultant, I pernah jumpa seorang client (muslim) yang mana dia memberitahu tidak kisah sama ada dana itu berteraskan syariah atau konvensional.So I terperanjat dan honestly I said memang tak handle dana yang bukan Islamic compliance dan setelah I menerangkan perbezaan antara syariah dan konvesional barulah dia paham apa itu pelaburan yang berlandaskan syariah.

Skim pelaburan dalam Islam dan konvensional adalah berbeza sama sekali. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek seperti yang melibatkan riba, tempat, aktiviti dan pulangan. Antara contoh skim pelaburan yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional ialah Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account). Dalam akaun jenis ini, seseorang akan meletakkan wangnya di dalam ³conventional fixed deposit account ´. Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali atau Bank akan mengumpulkan wang dari orang yang meletakkan wang dalam akaun tadi bersama dengan wang depositor atau pelabur lain.Skim pelaburan konvensional adalah berasaskan riba disebabkan oleh kecenderungannya mengaut keuntungan yang tinggi semata-mata tanpa mengambilkira faktor halal dan haram operasi pelaburannya. Ini sama sekali ditegah dalam skim pelaburan syariah kerana bertentangan dengan syariat Islam. Skim-skim pelaburan syariah terjaga dan bebas daripada riba kerana ianya berada di bawah pemantauan Badan Penasihat Syahriah (BPS) di samping Islam itu sendiri juga sama sekali mengharamkan riba melalui Firman Allah s.w.t, 

[257]Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[258]Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
(QS. Al Baqarah (2): 275-276)

Ciri- Ciri Pelaburan Syariah Di Malaysia 

Di negara kita secara khususnya, ada peruntukan undang-undang dan petunjuk atau garis panduan mengenai ciri pelaburan secara Islam yang boleh diceburi di semua institusi perbankan Islam.
Ciri ini dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti bertujuan memudahkan usaha institusi kewangan yang berminat atau orang perseorangan untuk menerokai bidang kewangan Islam.

Kelayakan sesebuah syarikat akan terkeluar daripada senarai sekuriti yang diluluskan berdasarkan kriteria yang berikut :
  • Operasi berteraskan riba (faedah) seperti dijalankan institusi kewangan misalnya bank perdagangan dan bank saudagar serta syarikat kewangan.
  • Kedua ialah mempunyai operasi membabitkan aktiviti perjudian. Seterusnya mempunyai operasi mengeluarkan atau menjual barangan yang haram seperti minuman keras, daging khinzir dan daging yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.
  • Syarikat yang mempunyai operasi membabitkan kegiatan berunsur gharar (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional.
  • Syarikat mestilah bukan aktiviti bertentangan syara.
  • Aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil membabitkan perkara umum balwa (kerumitan meluas yang sukar dielakkan), 'uruf (amalan kebiasaan) dan hak masyarakat bukan islam yang diperakui oleh islam. 


So I hope dengan info yang I share ni, you all bolehlah paham sedikit sebanyak mengenai perjalanan pelaburan yang berlandaskan syariah dan ingat, sebagai manusia dan khususnya seorang yang beragama Islam, keberkatan itu adalah perkara yang paling utama yang perlu dititik beratkan. Kesedaran institusi kewangan masa kini juga telah menyedari bertapa pentingnya pelaburan berlandaskan syariah yang mana mereka juga telah banyak menyediakan pelaburan-pelaburan yang berlandaskan syariah.