Monday, October 31, 2011

Inflasi itu sangat memeritkan.......

Untuk post kali ini I nak berkongsi berkenaan dengan tajuk infasi (inflation). Ini berikutan ramai di kalangan kita kurang atau tidak memahami langsung apa itu inflasi, dan mereka asyik menyalahkan sesetengah pihak dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya….insyallah lepas ni I hope u all boleh paham apa itu inflasi….sebenarnya inflasi pasti akan berlaku sama ada kita mahu atau tidak… dan kita hanya boleh membendung dan tidak boleh mengelak….ini berikutan dengan sikap kita sendiri.

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan sehingga memberi kesan kepada kadar nilai wang semasa.

Berikut saya senaraikan 5 jenis punca yang mendorong kepada keadaan inflasi dalam ekonomi sesebuah negara :

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan Perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih. Contohnya apabila taraf hidup rakyat meningkat dengan kenaikan pendapatan yang diterima oleh kakitangan awam pada tahun lepas.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. Contohnya apabila berlaku kenaikan harga minyak (petrol/diesel/gas) pada masa yang sama kita dapat rasai kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport. Contohnya dalam isu bekalan beras kebelakangan ini.

Langkah untuk membendung Inflasi

1. Mengawal Permintaan 
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

2. Mengawal Bekalan 
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

3. Polisi Ekonomi Makro 
Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran yang cekap untuk menentukan halatuju pembangunan negara.

Contoh Inflasi paling mudah dan pernah kita lalui :

pada tahun 1980an dengan RM 1 kita boleh beli 4 bungkus nasi lemak.


pada tahun 1990an dengan RM 1 kita boleh beli 3 bungkus nasi lemak.


pada tahun 2000an dengan RM 1 kita boleh beli 2 bungkus nasi lemak.

dan pada hari ini dengan RM 1 kita hanya boleh mendapat 1 bungkus nasi lemak saja.

"you buy less for the same ringgit you have"

So kesimpulannya di sini, Inflasi pasti akan memberikan tekanan pada mereka  yang berpendapatan kecil dan sederhana tambahan pula mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Secara istilahnya sekiranya anda mempunyai RM 100 000 pada hari ini maka 20 tahun akan datang 100 000 anda itu hanya bernilai 50 000 saja pada masa itu. Maka kita hendaklah sedar akan bahana inflasi dan anda haruslah bijak untuk merancang kewangan anda pada masa akan datang.