Monday, October 10, 2011

Masa Sesuai Untuk Melabur


Salamz u all semua. Wah diam tak diam dah lama jgk i tak post topic kat blog ni. So harini i nak share some important info to you all.

Sebelum ini i ader bagitau u all akan keberkesanan pelaburan ketika kemelesetan ekonomi. So sekiranya u all ada follow pergerakkan ekonomi Malaysia mahupun ekonomi global, dunia sekarang tengah mengalami kemelesetan ekonomi berikutan bebanan hutang yang ditanggung oleh US dan kebanyakan negara2 eropah. Secara tidak langsung kebergantungan ekonomi kita kepada US sedikit sebanyak memberikan tekanan sederhana pada negara kita mahupun negara asia yang lain……

Ini memberikan kelebihan kepada pelabur2 kecil yang konsisten untuk mendapatkan keuntungan kesan dari kemelesetan ini. Ini membuatkan ramai pelabur akan membuat pelaburan atau menambah pelaburan mereka kerana mereka dapat membeli seunit saham dengan harga yang murah berbanding sebelum ini. Ingat tujuan pelaburan unit trust ialah 
"Kumpul Seberapa Banyak Unit Yang Boleh"
 
Gambarajah FBMKLCI dari Dec 2010 - Sep 2011

Gambarajah di atas menunjukkan pergerakkan FBMKLCI iaitu penunjuk aras ekonomi. Jika anda perhatikan penunjuk aras diatas, penunjuk aras mengalami kejatuhan hampir 300 mata dalam masa 3 bln. Jangan cepat melatah melihat pasaran terus menerus menjunam,sebenarnya ia memberikan petunjuk pada para pelabur akan masa yang sesuai untuk melabur. 

Jika anda percaya dengan konsep “Buy Low Sell High” maka ini adalah peluang yang baik untuk para pelabur. Ingat jangan sekali-kali membuat ramalan terhadap pasaran ekonomi hadapan,so jadilah pelabur yang bijak yang mana mengambil setiap peluang yang ada dan memegang konsep unit trust merupakan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang (at least 3-5 years).