Saturday, July 23, 2011

Kitaran Ekonomi (Recycle Economy)

Hi you all….wah semangat btl i bln ni……semangat mengepos kat blog ni. Maklumlah skrg I pun dah banyak masa terluang n boleh lah i nak share some knowledge kat you all…sharing is caring wat..huhuhu….Post kali ni i nak story psl kitaran ekonomi atau name omputihnye Recycle Economy. Ini penting bagi pelabur yang ingin mempelbagaikan serta ingin mendapat profit dari kesan ketaran ini.

Apa yang naik mesti turun

Normally pepatah ni digunakan untuk menunjukkan gravity atau ia juga boleh digunakan untuk menggambarkan kitaran ekonomi…Ekonomi tidak growth dalam garisan lurus atau sentiasa dalam keadaan menaik saja, sebaliknya ia berkembang dan merundum dalam kemelesetan dan kemudiannya mula pulih semula yang membawa kepada pengembangan berikutnya….So far you all blh catch-up tak apa yg cuba I nak smpaikan? Sebab kalau kita tidak paham maka ianya akan membawa kepada permasalahan dalam pelaburan yang ingin kita ceburi….



 Pada umumnya, kitaran ekonomi yang tipikal mempunyai lima fasa. Dengan adanya fasa2 ini, para pelabur atau secara wajibnya para consultant dapat menimbangkan sesuatu tindakan yang harus dilakukan sekiranya berada dalam fasa2 tersebut. Antara fasa2 yang dikatakan ialah : -
  
Pemulihan permulaan 
Fasa pemulihan permulaan, yang biasanya merupakan fasa pendek selama beberapa bulan, menandakan tempoh apabila ekonomi mula-mula pulih daripada kemelesetan atau kelembapan. Selalunya terdapat inisiatif rangsangan kerajaan yang dilaksanakan seperti perbelanjaan rangsangan  dan/atau  kadar  faedah  yang  rendah.  Keyakinan  perniagaan  semakin  meningkat  dan inventori  mula  dibina  semula.  Namun,  dengan  kadar   pengangguran   yang  masih  lagi  tinggi, keyakinan pengguna mungkin masih rendah.

Lonjakan awal
 Ini merupakan fasa yang paling sihat dalam kitaran ekonomi kerana pertumbuhan boleh jadi teguh tetapi tidak terlalu pesat atau inflasi tidak lebih tinggi. Fasa ini biasanya berlanjutan selama satu tahun hingga beberapa  tahun asalkan pertumbuhan tidak terlalu pesat dan pada kadar yang mampan. Dalam tempoh ini, pembinaan semula  inventori yang kita saksikan dalam tempoh pemulihan permulaan membawa kepada aktiviti pengambilan pekerja yang lebih rancak oleh firma- firma, dan oleh sebab pengupah meningkat, keyakinan pengguna juga meningkat. Ini pula membawa kepada jualan yang kukuh. Bagi menampung peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan mereka, perniagaan melabur untuk mengembangkan keupayaan.

Lonjakan lambat 
Ekonomi kini beroperasi pada keupayaan penuh dan menghadapi bahaya akan menjadi terlalu  rancak/pesat. Keyakinan adalah tinggi di kalangan pengguna dan perniagaan, dan pengangguran adalah pada paras yang sangat rendah. Inflasi semakin meningkat dan upah bertambah tinggi kerana berlaku kekurangan tenaga pekerja.  Untuk memerangi kenaikan inflasi, bank-bank pusat menaikkan kadar faedah.

Perlahan
Ekonomi menjadi perlahan, biasanya akibat kadar faedah yang lebih tinggi. Keyakinan perniagaan mula goyah, dan firma mula mengurangkan inventori mereka, sekali gus memberi kesan tidak langsung terhadap pengangguran dan perbelanjaan sektor swasta.

Kemelesetan
Kemelesetan secara konvensionalnya ditakrifkan sebagai pertumbuhan KDNK negatif selama dua  sukuan berturut-turut. Dalam fasa ini, selalunya terdapat kemerosotan inventori yang besar dan penurunan dalam  pelaburan perniagaan. Pengangguran boleh meningkat dengan cepat, sekali gus menekan inflasi turun. Perbelanjaan pengguna untuk barang-barang tahan lama merosot. Dalam kemelesetan teruk, sistem kewangan mungkin tertekan oleh hutang lapuk, lantas membuatkan bank-bank berhati-hati memberi pinjaman.

Oleh sebab setiap fasa kitaran ekonomi melibatkan dinamik yang berbeza – kadar inflasi, keyakinan pengguna dan  perniagaan, kadar penggunaan keupayaan, kadar pengangguran dan keberuntungan korporat yang berbeza-beza, maka fasa kitaran ekonomi boleh memberi kesan yang besar kepada bagaimana sektor ekonomi yang berbeza dan pelbagai bahagian pasaran modal mencatatkan prestasi. Prestasi  unit  amanah  akan  dipengaruhi  sewajarnya,  bergantung  pada  aset  dan  sektor  di  mana pelbagai dana dilaburkan.

Peringatan
“Ramalan adalah sukar, terutama sekali tentang masa depan.” – Yogi Berra.