Friday, July 15, 2011

Masih Bertangguh Untuk Melabur? - Part II

Alhamdulillah dpt lagi berjumpa kembali kt hari ni...Sorry semalam xdpt nak abiskan topic ni sbb mata da ngantuk da mcm ade gam...hehehe..So camne? Dah tgk x chart yg ditunjukkan pada post semalam tntg kehebatan compound interest bekerja untuk kt...so rasa2 dah terbuka x minda korang bertapa pentingnye membuat pelaburan pada peringkat awal. Tu yang saya mengandaikan pulangan sebanyak 8% setahun, sepertimana yang kita sedia maklum pengagihan dividen asb....tapi dalam unit trust agihan boleh melebihi dari 8% seperti 13%, 15% atau 20% setahun.....so bak kata org utara.....Hangpa pikiaq lah sindiri...huhuhuhu....


Sekiranya kita antara org yang masih menimang2 untuk melabur.....anda termasuk antara org2 yang rugi....  so di bawah ni saya ada listkan beberapa faktor kerugian sekiranya anda masih lagi tidak melabur :-

Usia
Usia merupakan antara faktor utama dalam kehidupan, yang mana ianya akan meningkat setiap tahun. Oleh itu jangan lah kita mengambil mudah kerana semakin lama anda untuk membuat keputusan, semakin lama anda akan mendapat pulangan yang diharapkan...takkan dah umur 55 baru nak realize benda ni? Untuk pengetahuan anda semua mana2 skim pelaburan yang genuine memakan masa sekurang2nya 3 tahun....

Wang
Wang adalah elemen asas yang terpenting dalam kehidupan seharian. Konsep utama ialah "dari duit jadi duit". Ada dikalangan kita yang mempunyai banyak wang tapi tidak tahu di mana  hendak dilaburkan, dan ada juga yang tidak mempunyai wang tetapi mempunyai idea2 yang boleh menghasilkan wang.Sekiranya kita masih tidak menyedari akan pentingnya pelaburan ini maka lama kelamaan wang tersebut pasti akan habis, kerana kesan langsung dalam kehidupan yang menyebabkan kita terpaksa untuk membelanjakannya. Sebagai individu yang prihatin akan masa depannya maka kesedaran ini harus diterapkan dalam diri mereka supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Bebanan Hutang Sedia Ada
Lumrah kehidupan masa kini tidak dapat lari dengan perkataan "HUTANG" ......Arghhhhhh terlalu benci aku untuk meluahkan perkataan itu....macam dalam novel la plk....huhuhuh......Tapi itu la hakikat yang harus kita terima.....Dengan bebanan hutang sedia ada seperti hutang pendidikan, kad kredit, pinjaman peribadi, kereta, dan yang paling perit kalau termasuk hutang perumahan......secara purata total bayaran yang perlu dibayar bagi individu sebanyak rm 2000 setiap bulan...itu tidak termasuk perbelanjaan harian, anak2, barangan keperluan dan sebagainya.Sekiranya ini masih lagi menjadi penghalang untuk anda membuat keputusan yang bijak untuk melabur ianya pasti akan menjadi satu barah yang akan merebak sedikit demi sedikit yang mana akhirnya anda pasti akan menyesali pada satu hari nanti......
 
Melihat Kajayaan Orang Lain

Sebagai manusia normal, kita pasti mahukan kejayaan dipihak kita.Tapi dengan sikap tunggu dan lihat kita, kejayaan itu pasti tidak akan datang dengan sendirinya tanpa berbuat sesuatu.Kebiasaannya kita hendak melihat orang lain berjaya dan barulah kita nak menyusuli.....Inilah yang menyebabkan kita sukar untuk mengubah nasib kita dan hanya mengambil orang yang berjaya sebagai role model....kenapa bukan kita yang menjadi orang mula2 mengecapi kejayaan itu? Alangkah sedihnya kalau kita sentiasa ketinggalan dibelakang mereka2 yang berjaya....

Setelah mengetahui akan kerugian2 yang bakal dialami, mengapa kita tidak bertindak dari sekarang agar kejayaan itu tidak terlepas dengan begitu saja sambil melihat seorang demi seorang berjaya di depan mata kita. Ayuh bangun dan janganlah kita menjadi insan yang leka atau lalai akan kepentingan melabur pada peringat awal kerana masa depan kita, kitalah yang mencorakkannya....

"Buka minda kerana kejayaan hanya selangkah di depan anda"