Wednesday, October 17, 2012

Regular Investment Instruction (RII)



Assalamualaikum to all again. I'm so sorry coz lame sangat tak update any post kat blog ni..... Maklum la skrg ni bz skt coz dah jadi fulltimer kan ...... update client la, jumpa prospek la.....so now, i will try my best to share any artikel or topic to you all semua.

Today i nak share berkenaan RRI yang mana ianya sangat berguna untuk mencapai objektif palaburan terutamanya pada pelabur-pelabur yang menggunakan pelaburan KWSP.

Friday, March 16, 2012

Anda mahu jadi jutawan senyap?

So last week I ada post berkenaan dgn kebarangkalian utk rugi kalau kite tak follow strategy yang disyorkan. Now I want to share some info for you is it possible kalau you all nak jadi jutawan dengan hanya bermodalkan RM 100 setiap bulan? Wowww!!! sound good rite but back to the basic just follow the strategy and be consistently….and make sure target is for long term investment.

Untuk menjadi investor yang Berjaya, kesabaran adalah element yang sangat penting yang perlu ada bagi setiap investor. So untuk merealisasikan impian menjadi jutawan senyap, sila rujuk carta di bawah dan sila padankan tahun pelaburan anda.

Friday, March 9, 2012

Boleh Rugi Ker?


Haii everybody.....how do you feel today? GREATSSS!!! ..... yup me too sgt2 GREATSSS...So untuk mencapai GREATSSS tersebut kita mestilah mempunyai high level of ENERGY....betul tak? Okay la sebab hari ni sgt2 bersemangat so I nak share kat you all tentang persoalan yang sering ditanya oleh investor iaitu adakah mereka akan mengalami kerugian jika melabur dalam UNIT TRUST

Emmm...okay actually senang sahaja, setiap pelaburan mempuyai risiko, tetapi ianya bergantung kepada tempoh pelaburan. Normally it's depend on objektif pelaburan investor tersebut.... So kalau target you below then 3 years memang susah untuk consultant nak managed, unless you are the lucky person. Apa yang I maksudkan lucky person ini ialah investor tersebut memang invest betul2 time market tengah down. Sometime even baru masuk 4 bulan pun dah untung banyak. Tapi kalau you invest wrong timing and exit below than recommended period you maybe LOSS....Normally consultant akan advised investor don't sell when the market going down but need to top up the investment to gain more profit.

Friday, February 17, 2012

Harvest Time

As Salam to all of my beloved visitor…As we all know now we are in February 2012… and it’s was a good news for my clients.For me this time actually the best time to collect or lock your profit in other word Harvest time….For those who had invested in September 2011 mostly they would get average 18% profit just in 5 months…so profitable!!! So pada siapa yang masih lagi berfikir-fikir untuk invest with Unit Trust ayuh kita bertindaklah dari sekarang..

Tuesday, January 17, 2012

Tips During Chinese New Year

  Hi everyone...by the way I rasa masih belum terlambat lagi I nak wish HAPPY NEW YEAR 2012 to all of you and not to forget to all my beloved clients yang setia dan sentiasa memberikan kepercayaan kepada I untuk managed their portfolio. So how are you in this NEW YEAR? Hopefully sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga tersayang...Aminnn...Anyway have you set your goals for year 2012? For me of course I nak lebih berjaya dalam bidang Unit Trust yang sangat-sangat best nih.

Sunday, December 11, 2011

Boleh Ke MELABUR?

Start your investment at earlier age
I’m coming back… I betul2 appreciate to all of you yang visit blog I ni…actually I build up this blog for share information I get from training or by book .. So diam tak diam dah bulan December dah kan…next year dah 2012 so what is your target? Kalau you all tanya target I pulak mestilah nak lebih berjaya dari tahun tahun yang sebelumnya…huhuhuhu…

So today I ada free time and nak sambung mengbloging pulak…Topic I nak share to you all is MINIMUM AMOUNT untuk memulakan pelaburan….topic ni actually dari awal dulu sepatutnya I dah post, maybe luper kot I nak post dulu…..huhuhuhu….topic ni sebenarnya untuk mereka yang baru2 nak berjinak2 nak mengenali dunia Unit Trust  dan pada mereka yang telah tahu dan memahami konsep Unit  Trust ni tunggu apa lagi..Marilah MELABUR …..

Thursday, November 10, 2011

Pelaburan yang berlandaskan Syariah

Today I nak share with you all tentang pelaburan yang berlandaskan syariah. Sepertimana yang you all ketahui berkenaan dengan syariah, sebenarnya ia lebih daripada apa yang kita berkait dengan konteks pelaburan Islam sebagai contoh barakah.
 
Dalam Islam barakah (keberkatan) itu adalah perkara utama yang perlu diutamakan . Pelaburan dalam Islam dianggap harus tetapi  ianya haruslah menepati syarat2 yang telah ditetapkan. So I nak you all clear about this coz dlm pelaburan unit trust ini ada dana yang berlandaskan syariah dan ada yang konvensional.  As my experience as consultant, I pernah jumpa seorang client (muslim) yang mana dia memberitahu tidak kisah sama ada dana itu berteraskan syariah atau konvensional.So I terperanjat dan honestly I said memang tak handle dana yang bukan Islamic compliance dan setelah I menerangkan perbezaan antara syariah dan konvesional barulah dia paham apa itu pelaburan yang berlandaskan syariah.

Monday, October 31, 2011

Inflasi itu sangat memeritkan.......

Untuk post kali ini I nak berkongsi berkenaan dengan tajuk infasi (inflation). Ini berikutan ramai di kalangan kita kurang atau tidak memahami langsung apa itu inflasi, dan mereka asyik menyalahkan sesetengah pihak dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya….insyallah lepas ni I hope u all boleh paham apa itu inflasi….sebenarnya inflasi pasti akan berlaku sama ada kita mahu atau tidak… dan kita hanya boleh membendung dan tidak boleh mengelak….ini berikutan dengan sikap kita sendiri.

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan sehingga memberi kesan kepada kadar nilai wang semasa.

Monday, October 10, 2011

Masa Sesuai Untuk Melabur


Salamz u all semua. Wah diam tak diam dah lama jgk i tak post topic kat blog ni. So harini i nak share some important info to you all.

Sebelum ini i ader bagitau u all akan keberkesanan pelaburan ketika kemelesetan ekonomi. So sekiranya u all ada follow pergerakkan ekonomi Malaysia mahupun ekonomi global, dunia sekarang tengah mengalami kemelesetan ekonomi berikutan bebanan hutang yang ditanggung oleh US dan kebanyakan negara2 eropah. Secara tidak langsung kebergantungan ekonomi kita kepada US sedikit sebanyak memberikan tekanan sederhana pada negara kita mahupun negara asia yang lain……

Saturday, July 23, 2011

Kitaran Ekonomi (Recycle Economy)

Hi you all….wah semangat btl i bln ni……semangat mengepos kat blog ni. Maklumlah skrg I pun dah banyak masa terluang n boleh lah i nak share some knowledge kat you all…sharing is caring wat..huhuhu….Post kali ni i nak story psl kitaran ekonomi atau name omputihnye Recycle Economy. Ini penting bagi pelabur yang ingin mempelbagaikan serta ingin mendapat profit dari kesan ketaran ini.

Apa yang naik mesti turun

Normally pepatah ni digunakan untuk menunjukkan gravity atau ia juga boleh digunakan untuk menggambarkan kitaran ekonomi…Ekonomi tidak growth dalam garisan lurus atau sentiasa dalam keadaan menaik saja, sebaliknya ia berkembang dan merundum dalam kemelesetan dan kemudiannya mula pulih semula yang membawa kepada pengembangan berikutnya….So far you all blh catch-up tak apa yg cuba I nak smpaikan? Sebab kalau kita tidak paham maka ianya akan membawa kepada permasalahan dalam pelaburan yang ingin kita ceburi….


Friday, July 22, 2011

The Golden Rule


Waaa tajuk ni cam best jer kan..rasa t’excited lak nk citer kat korang tntg topic ni…okay korang msti nak tau kan apa golden rules 2…jeng3….okay2 kita serius skit…sebagaimana yg korang sume al-maklum, dengan membuat pelaburan di dalam unit trust merupakan satu langkah yg sangat BIJAK yg telah korang amik…credit to all of you yg sudah invest di unit trust. Tapi yang masih belum tu jgn melengah2 kan lagi yer….Okay, tapi untuk memastikan pelaburan unit trust yang dibuat menjanjikan pulangan yang menguntungkan spt yg korang inginkan terdapat beberapa GOLDEN RULES yang harus korang ikuti. Di bawah ni saya senaraikan golden rules yg dimaksudkan :-


Friday, July 15, 2011

Masih Bertangguh Untuk Melabur? - Part II

Alhamdulillah dpt lagi berjumpa kembali kt hari ni...Sorry semalam xdpt nak abiskan topic ni sbb mata da ngantuk da mcm ade gam...hehehe..So camne? Dah tgk x chart yg ditunjukkan pada post semalam tntg kehebatan compound interest bekerja untuk kt...so rasa2 dah terbuka x minda korang bertapa pentingnye membuat pelaburan pada peringkat awal. Tu yang saya mengandaikan pulangan sebanyak 8% setahun, sepertimana yang kita sedia maklum pengagihan dividen asb....tapi dalam unit trust agihan boleh melebihi dari 8% seperti 13%, 15% atau 20% setahun.....so bak kata org utara.....Hangpa pikiaq lah sindiri...huhuhuhu....


Masih Bertangguh Untuk Melabur?

Assalamualaikum dan terima kasih kepada anda yang masih setia mengikuti blog saya ini.....bak kata abg saleh yacoob "I follow" ....So saya nak story satu topic yang sedang hot diperkatakan saban hari....iaitu takut atau masih belum melabur dalam unit trust....Sampai ada yang memberi alasan "nanti lah" "belum cukup duit lah", "nak tengok dulu lah" dan yang paling joke sekali ialah "i nak beli rumah dulu pastu baru nak masuk unit trust" sedangkan pelaburan unit amanah ni hanya melibatkan akaun 1 bukannya akaun 2 (pembelian rumah,perubatan @ pendidikan).....So dalam topic ni saya akan menerangkan bertapa pentingnya melabur pada peringkat awal .

Friday, May 27, 2011

My Dream Come True

Alhamdulillah dengan berkat doa dan kesabaran tercapai juga impian saya untuk menjadi fulltime consultant dalam dunia Investment Unit Trust ni. Tujuan saya resigned from my previous job adalah untuk menumpukan perhatian kepada MyBeloved Client kerana timbul pulak rasa responsible yang tinggi untuk manage diaorg punye portfolio.("nanti ader yang cakap susah awak nak commit dengan dua kerja ni") .......huhuhuhuhu..... So mesti ader korang tertanya-tanya nape dah 2 bln tak update2 blog ni.....biase la keje2 nak handover semua task kat new staff ni take time sikit... So for your info, now I'm always available to meet you at anytime anyplace at your convenience time to consult you and sharing the knowledge more details about unit trust.

So call me to make your appointment and I'll show you the Secret Of Unit Trust

  • Email            : farahpublicmutual@gmail.com
  • Mobile No.     : 019-3580144
  • Facebook      : farahliza_80@yahoo.com
  • YM               : faralara@yahoo.com





Wednesday, February 16, 2011

Generasi Akan Datang Generasi Bijak Wang

Post kali ini tidak berkisar mengenai pelaburan unit trust sebaliknya apa yang ingin saya kongsikan bagi pendapat saya ialah mengenai generasi akan datang yang boleh dikatakan bijak dalam pengurusan wang. Kenapa tajuk ini yang saya pilih dalam banyak lagi tajuk2 lain yang menarik? Ini kerana keperihatinan ibubapa ketika kini yang lebih mementingkan pengurusan wang yang sebijak bijaknya. Ini perlu dikupas kerana penting bagi kita memastikan kestabilan ekonomi keluarga masa kini bagi menyaingi taraf inflasi. Sekiranya ketidak stabilan ini berlaku maka kita bagaikan dihimpit dengan kepesatan ekonomi negara, tu yang selalu kita dok dengar orang cakap kerajaan sibuk dok buat bangunan tinggi2 tapi masyarakat masih dok kat umah setinggan lagi. Bagi mengimbangi kepesatan ekonomi ini maka generasi masa kini lebih pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan mula sedar bertapa pentingnya saving dan cash.

Monday, February 7, 2011

Pelaburan Melalui KWSP

Tahukah anda,secara fizikalnya duit kwsp itu terbahagi kepada dua bahagian? Kebanyakan dikalangan kita hanya mengetahui duit simpanan di dalam KWSP itu hanya untuk membuat pembiayaan rumah dan untuk mengurangkan hutang pinjaman perumahan.Duit simpanan KWSP juga untuk boleh digunakan untuk kegunaan perubatan dan pelajaran. Ini semua hanya melibatkan simpanan KWSP akaun2 yang melibatkan hanya 30% dari jumlah keseluruhan. So....apa yang boleh dibuat dengan akaun1, yang jumlahnya 70% dari jumlah keseluruhan? banyak tu.

Wednesday, February 2, 2011

Distribution Policy


Distribution atau pengagihan atau dengan nama yang biasa kita dengar ialah dividen merupakan salah satu daripada kelebihan melabur dalam unit trust selain capital gain dan unit split. Setiap dana berlainan distribution ada secara sampingan dan ada secara pendapatan tahunan. Bakal pelabur boleh mendapatkan maklumat agihan setiap dana di dalam buku prospektus.

Distribution terbahagi kepada 2 iaitu :
  
1. Incidental (Sampingan)
2. Annual Income (Pendapatan Tahunan)


Sunday, January 30, 2011

Jenis-jenis Dana Unit Amanah

Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah yang perlu diketahui dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.

Teknik Switching

Switching merupakan salah satu strategi di dalam pelaburan unit amanah. Ia adalah kemudahan yang diberikan oleh syarikat pengurusan unit amanah (UTMC) kepada pelaburnya. Switching boleh dirujuk sebagai proses memindahkan pelaburan dari satu dana pelaburan ke dana pelaburan yang lain di bawah syarikat pengurusan yang sama.

Saturday, January 29, 2011

Unit Trust Consultant

Unit trust (UT) merupakan medium terbaik untuk skop pelaburan.Ini kerana dengan adanya UT, seseorang itu boleh mendisiplinkan diri untuk membuat penyimpanan sama ada secara pukal atau berkala disamping dibantu dengan consultant yang bertauliah.Di sini penting bagi pelabur untuk memilih consultant yang mereka inginkan kerana selepas mereka melaburkan wang di dalam mana-mana dana,segala urusan pentadbiran mengenai pelaburan tersebut bergantung pada consultant itu sendiri. CONSULTANT bertanggungjawab penuh ke atas pelaburan yang dilaburkan terutama mengenai dana yang disyorkan kepada pelabur.Dari awal penerangannya mengenai unit trust, consultant harus menerangkan secara ringkas dan padat kepada pelabur mengenai setiap prospektus dana tersebut.sekurang-kurangnya 2 dana.