Wednesday, February 16, 2011

Generasi Akan Datang Generasi Bijak Wang

Post kali ini tidak berkisar mengenai pelaburan unit trust sebaliknya apa yang ingin saya kongsikan bagi pendapat saya ialah mengenai generasi akan datang yang boleh dikatakan bijak dalam pengurusan wang. Kenapa tajuk ini yang saya pilih dalam banyak lagi tajuk2 lain yang menarik? Ini kerana keperihatinan ibubapa ketika kini yang lebih mementingkan pengurusan wang yang sebijak bijaknya. Ini perlu dikupas kerana penting bagi kita memastikan kestabilan ekonomi keluarga masa kini bagi menyaingi taraf inflasi. Sekiranya ketidak stabilan ini berlaku maka kita bagaikan dihimpit dengan kepesatan ekonomi negara, tu yang selalu kita dok dengar orang cakap kerajaan sibuk dok buat bangunan tinggi2 tapi masyarakat masih dok kat umah setinggan lagi. Bagi mengimbangi kepesatan ekonomi ini maka generasi masa kini lebih pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan mula sedar bertapa pentingnya saving dan cash.

Monday, February 7, 2011

Pelaburan Melalui KWSP

Tahukah anda,secara fizikalnya duit kwsp itu terbahagi kepada dua bahagian? Kebanyakan dikalangan kita hanya mengetahui duit simpanan di dalam KWSP itu hanya untuk membuat pembiayaan rumah dan untuk mengurangkan hutang pinjaman perumahan.Duit simpanan KWSP juga untuk boleh digunakan untuk kegunaan perubatan dan pelajaran. Ini semua hanya melibatkan simpanan KWSP akaun2 yang melibatkan hanya 30% dari jumlah keseluruhan. So....apa yang boleh dibuat dengan akaun1, yang jumlahnya 70% dari jumlah keseluruhan? banyak tu.

Wednesday, February 2, 2011

Distribution Policy


Distribution atau pengagihan atau dengan nama yang biasa kita dengar ialah dividen merupakan salah satu daripada kelebihan melabur dalam unit trust selain capital gain dan unit split. Setiap dana berlainan distribution ada secara sampingan dan ada secara pendapatan tahunan. Bakal pelabur boleh mendapatkan maklumat agihan setiap dana di dalam buku prospektus.

Distribution terbahagi kepada 2 iaitu :
  
1. Incidental (Sampingan)
2. Annual Income (Pendapatan Tahunan)